Latar Belakang Syarikat

Kosas Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dibawah Akta syarikat 1965 yang telah dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk  mengendalikan perniagaan pelancongan dan pengembaraanKosas Travel & Tours Sdn. Bhd. mula ditubuhkan pada 16 Disember 2006 atas nama  Prenisbumi Holidays Sdn. Bhd. pada 24 Januari 2008

Pada tahun 2010, Koperasi Serbaguna Anak Selangor Berhad (KOSAS) telah mengambil alih sepenuhnya Kosas Travel & Tours Sdn Bhd. melalui anak syarikatnya KOSAS Permodalan  Sdn. Bhd. yang mana kemudian di struktur semula dan dikeluarkan dari KOSAS Permodalan untuk menjadi syarikat milik penuh KOSAS Berhad dan diberikan suntikan modal tambahan sebanyak RM 1.5 Juta. Pada 04 Oktober 2018, Syarikat ini dikenali sebagai KOSAS Travel & Tours Sdn. Bhd.

KOSAS Travel & Tours Sdn Bhd memulakan operasinya pada Ogos 2010 dari pejabatnya yang baru di Taman Melawati, Ulu Klang, Kuala Lumpur. Syarikat ini diuruskan oleh pegawai dan kakitangan yang berpengalaman serta agen-agen ‘freelancers’ dan disokong oleh  rakan- rakan niaga dari dalam dan luar negara Syarikat ini menawarkan pakej-pakej pelancongan dan perjalanan untuk pelanggan-pelanggan disertai dengan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan seperti tempahan tiket kapal terbang, hotel, pengangkutan, penyediaan Visa, insuran dan lain – lain. 

KOSAS Travel & Tours Sdn. Bhd. juga mengaturkan makanan halal dalam setiap perjalanan dan menyediakan pemandu pelancong dan pegawai pengiring bagimenjamin perjalanan yang selamat, teratur dan selesa.

KOSAS Travel & Tours Sdn Bhd ialah agensi diiktiraf oleh International Air Transport Association ( IATA ), Ahli Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia            ( MATTA ), Ahli Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Bumiputra ( BUMITRA ) dan agensi dilantik untuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad, Airasia Berhad, Malindo Air dan Firefly.

 

 

 

Assign a menu in the Left Menu options.