INDONESIA BEST PLACE

Kosas Travel & Tours

Kampung Daun

Di sini, anda bukan sekadar dapat menikmati pelbagai jenis makanan enak dalam harga yang berpatutan, tapi semua ini dapat dinikmati sambil melihat pemandangan alam semula jadi di sekitar yang penuh kehijauan serta air terjun dan sungai yang sungguh menyegarkan jiwa.

The Lodge Maribaya

Begitu banyak tarikan indah yang terdapat di Bandung bukan? Tak cukup dengan kedai makan yang menyatukan anda dengan alam semula jadi di Kampung Daun, dan udara segar di Tangkuban Perahu, tarikan The Lodge Maribaya bukan sekadar tempat untuk mencuci mata dan menghirup udara segar.

Di dalam alam hijau lodge ini anda turut dapat menggunakan perkhidmatan jurugambar profesional untuk menangkap gambar anda di sebalik latar belakang yang cukup epik! Antaranya adalah gambar anda menaiki belon udara, menaiki zip bike, sky wing dah banyak lagi!

Waterbom Bali

Terletak di tengah-tengah Kuta, Waterbom Bali menawarkan keseronokan yang tidak berpenghujung kepada para pelawat. Nak cuba sesuatu yang mendebarkan? Boleh menaiki ride yang berkelajuan 70 km / hour yangdipanggil Climax.

Tapi sekiranya anda ingin keseronokan yang lebih santai, boleh berchill di atas pelampung di Lazy River. Nak tahu apa lagi yang ada disini? Mai singgah!

Bali Safari and Marine Park

Aktiviti apa lagi yang akan membuat kananak-anak excited selain daripada taman tema? Memang rugi sekiranya anda melepaskan peluang untuk melawati taman ini kerana di safari ini turut terdapat spesies-spesies haiwan yang terancam seperti Naga Komodo, Orang Utan dan burung Jalak Bali.Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 80 spesies dan sekitar 400 spesimen haiwan yang didatangkan daripada 3 kawasan berbeza iaitu Indonesia sendiri, India dan Afrika.

Bali Underwater Scooter

Teringin melihat panorama dalam air tapi tidak pandai menyelam? Ini adalah aktiviti yang tidak patut anda lepaskan! Tak payah ada lesen, tak perlu sertai kelas belajar menyelam, sebab anda hanya perlu datang, bayar dan tenggelam dalam dunia indah bawah air di Bali Underwater Scooter.

Skuter bawah air ini memiliki kelajuan sehingga 2 km/jam. Sebaik anda tenggelam dengan teknologi hi-tech ini, penyelam profesional akan turut menemani perjalanan anda dan menunjukkan lokasi di mana letaknya pemandangan eksotik flora dan fauna dunia dalam lautan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *